Ahad, 4 Disember 2016

Keupayaan Membawa arus Kabel

Faktor-faktor yang berkaitan dengan keupayaan membawa arus kabel 

  1. Pendawaian permukaan menggunakan klip - faktor kumpulan; 
  2. Pendawaian menggunakan pembuloh - faktor ruang 40%; 
  3. Pendawaian menggunakan sesalor - faktor ruang 45%; 
  4. Pendawaian terbenam - faktor kumpulan
  5. Pendawaian terbenam menggunakan sesalor - faktor suhu persekitaran. 
Saiz kabel dan pengunaan


Saiz Pengalir Pelindung










Share:

Sabtu, 3 Disember 2016

Peralatan Tangan

Pembaris Keluli       Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan

 Sesiku L
Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian

 Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.




 Apit G
    Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketikaproses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.
 
 

Ragum Kakak Tua
      Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya.  Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.
 
Gergaji Puting
   Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa   membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.
 
 
Gergaji Besi
     Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.
 
 
Gergaji Lengkung Halus
  Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis

 Pahat Tepi Serong
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.


Kikir Parut
     Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.
 
 
Tukul Kuku Kambing
Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.


Tukul Warrington
     Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang  sukar.
 
 
Penebuk Pusat
   Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas  permukaan logam sebelum kerja menggerudi.
 
 
Pembenam Paku
Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu. 

Gerudi Engkol
Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.

Gerudi Tangan      
Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis 

Mata Gerudi Pintal
Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang. 

Gerimit              
    Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).
 
 
 
Tolok Serong
    Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.
 
 
Tolok Penanda      
Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pah 

Pemotong Perspek  
Pemotong perspek digunakan untuk memotong perspek

Gandin Kayu
Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan  membentuk kayu

Gandin Getah
 Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.

        
 
 
Share:

Alat Pemadam Api

Alat pemadam api atau fire extinguisher adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Dibawah disenaraikan jenis-jenis alat pemadam api.

ALAT PEMADAM API JENIS AIR

Kandungan
Air Biasa – 9 Liter

Jarak Pancutan
20’ – 25’

Jangkamasa Pancutan
60 – 120 saat

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
  • Cecair yang digunakan tidak merbahaya
  • Hanya sekali digunakan
  • Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
  • Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
  • Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)

Kandungan
  • Sodium bikarbonat 97%
  • Magnesium stearote 11/2%
  • Magnesium karbonat 1%
  • Trikalsium karbonat ½%

Jarak Pancutan
15’ – 20’

Jangkamasa Pancutan
2 Minit

Penerangan
  • Mudah dan senang dikendalikan
  • Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
  • Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
  • Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
  • Hanya boleh sekli sahaja.
  • Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
  • Tidak boleh memadam api logam
  • Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
**Perhatian
Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya.
Pemeriksaan hendaklah diperiksa setiap bulan. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong).
Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis


ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)

Kandungan
  • dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
  • Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 lbs beratnya.

Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450

Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
  • Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
  • Gasnya tidak mengalirkan elektrik
  • Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
  • Hanya sekali digunakan
  • Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
  • Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan
  • daripada 10%
  • Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
  • Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar
ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)

Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan(menyejukkan).

Kandungan
  • Terdapat 2 tabung
  • Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
  • Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)

Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’

Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
  • Tidak terganggu daripada tiupan angin
  • Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
  • Hanya sekali digunakan
  • Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
  • Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
  • Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.
Share:

Pencegahan Kebakaran


Apa itu kebakaran?

Definisi kebakaran ialah satu tindak balas kimia yang bila bahan boleh terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau mencucuh.
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga  kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:

  1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.
  2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
  3. Kebocoran atau mampatan gas.
  4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:

  1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
  2. Lebihan beban aliran kuasa
  3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
  4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
  5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

 Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;

a)Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,letupan gunung berapi.
b)Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.
c)Faktor Sengaja Dibakar
Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.


Kelas Kebakaran

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan           mengenai jenis kebakaran  adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual dibawah

Jadual- Kelas Kebakaran

Kelas KebakaranBahan ApiAlat Pemadam Api Permulaan
AENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kainABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
BJENIS CECAIR - minyak, gasolin,alkoholABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
CJENIS GAS acetylene, ammonia, butaneABC
 Air Semburan
Halon (BCF)
DJENIS LOGAM aluminium, kalsium, magnesiumABC

Cara Kemerebakan Kebakaran

 Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu  dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a.Olakan haba.
  • Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti secair atau gas.
  • Cecair atau gas yang panas  akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.
  • Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.
 b.Pengaliran.
  • Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,batu, simen dinding bangunan dan lantai.
  • Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.
 c.Bahangan.
  • Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahayadaripada kebakaran tersebut.Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
  • Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.
 d.Terus menerus.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.  

Cara memadam kebakaran

 Nyalaan terjadi dari gabungan tiga  unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk  memadamnya anda perlu untuk  memisahkan gabungan tersebut.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

   1. Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
a)Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
b)Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
c)Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

   2. Melemaskan.
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

   3. Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkanperpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

   4. Memutuskan Rantai Tindakbalas.
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

Alat Pemadam Api
Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi.  Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.

Kategori Alat Pemadam Api
Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.  Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:-
i.Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2

ii.Jenis yang mengeluarkan buih
  • Memadam kebakaran minyak
  • Kebakaran bahan alkohol (Pola)
  • Tabungnya berwarna krim

iii.Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)
  • Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat.
  • Terbukti selamat.
  • Untuk Kelas A,B, C.
  • Tabungnya berwarna biru.

iv.Jenis yang mengeluarkan gas
  • Mengandungi gas karbon dioksida
  • Agen pemadam yang bersih.
  • Tidak merosakkan komponen elektrik
  • Tabungnya berwarna hitam.

Jenis alat pemadam api


JENIS WARNA JARAK
PANCUTAN
MASA KESELURUHAN PANCUTAN CATATAN
Air Merah 4 Meter 120 Saat Tidak sesuai jenis B , E
Buih Kuning Langsat 6 Meter 30 Hingga 90 Saat Boleh beku. Tidak sesuai jenis E
Gas Hitam 3 Meter 120 Saat Tiada kesan
Debu Kering Biru Muda 3 Hingga 6 Meter 120 Saat Kesan Kotor

Cara Mengguna Alat Pemadam Api

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan

P- Pull- Tarik pin di atas alat pemadam api
A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api(bahan)
S- Squeeze- Pusing atau tekan pemegang
S- Sweep- halakan pancutan  ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
  1. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).
  2. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
  3. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
  4. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
  5. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
  6. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
  7. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
  8. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

Peralatan Pencegahan Kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:

a. Perlindungan aktif.
  • Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.
b. Perlindungan pasif.
  • Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

a.   Jenis Perlindungan Aktif

i.  Alat pecah kaca.
Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini  dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.

ii.  Alat pengesan haba.
 Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran

iii. Alat pengesan asap.
 Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia jugaberperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

iv. Sistem pemasangan sprinkler.
Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus  kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan           dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.

v. Sistem pemasangan pancur ( riser).
Terdapat dua  jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

vi. Sistem pili bomba (hyderant)
Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.

vii. Sistem salur Bantu mula (hosereel)
viii. Sistem gas CO2.
xi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)


b.   Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v.Lif Bomba

Pelan tindakan keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan.  Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Objektif PTK:

i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.
ii.Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan  dengan selamat dan betul.
iv.Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

1.Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan. 

2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.

3.Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.

4.Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.
Share:

Jumaat, 2 Disember 2016

CPR


Pernahkah anda berhadapan dengan situasi cemas, di mana kedapatan seseorang yang berhampiran dengan anda secara tiba-tiba jatuh dan pengsan. Mungkin ada yang pernah, dan mungkin ada yang tidak. Walaubagaimana pun, ianya tidak mustahil akan berlaku kepada anda, dan orang yang bermasalah itu mungkin anda tidak kenali, atau mungkin juga di kalangan kaum kerabat dan sahabat handai yang dekat kepada anda.

Apakah kemungkinan yang berlaku Serangan Jantung beserta rentak jantung yang abnormal (Heart Attack with Arrhythmia) atau Serangan Angin Ahmar (Stroke). Kedua-duanya adalah suatu kemungkinan dan boleh membawa kepada maut. Namun ada keadaannya, anda boleh melakukan sesuatu untuk ‘merubah’ keadaan.

Apakah yang mampu anda lakukan bila berhadapan dengan situasi tersebut?.  Panggil ambulan, boleh sahaja, tapi berapa lamakah ianya akan tiba di tempat kejadian?. Panggil doktor yang berhampiran nasib anda baik, adanya doktor di situ. Tapi kebanyakannya yang berlaku, anda sudah terlambat, di mana mangsa sudah menemui ajalnya di tempat kejadian.

Oleh itu, sebelum bantuan sebenar tiba, ANDALAH yang mesti lakukan sesuatu di peringkat awal untuk menolong mangsa tersebut. Sebelum anda berserah kepada takdir, anda sebenarnya mampu menjadi ‘penyelamat’ dengan cara lakukan CPR kepada mangsa. Ramai antara kita yang tidak tahu, atau pasti atau yakin untuk melakukan CPR. Bahkan yang ada sedikit pengetahuan pun, teragak-agak untuk lakukannya, lebih-lebih lagi memikirkan untuk melakukan adegan bantuan pernafasan ‘mulut ke mulut’. Jadi, apa yang patut anda lakukan?.

Artikel ini akan menerangkan kaedah terkini Rawatan Awal Pemulihan Kardio- pulmonari (CPR) untuk orang awam, semoga anda semua mampu menjadi ‘penyelamat’. Walaupun mempelajari langkah langkah ini adalah sebenarnya mudah dan sangat murah kosnya, tetapi sumbangan yang mungkin akan anda berikan bila sampai masanya nanti, adalah sesuatu yang sangat besar, dan tidak ternilai dengan wang dan harta benda.

Apakah itu CPR?

CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.

CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Terdapat perbezaan antara CPR untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dan artikel hanya membincangkan CPR kepada pesakit dewasa. (CPR kanak-kanak akan dikeluarkan nanti).

Bilakah seseorang itu perlukan CPR anda?
 
Apabila terdapatnya seseorang yang secara tiba-tiba rebah dan pengsan, hendaklah anda terus menggoncang tubuhnya dan bertanya “Encik…Encik…Awak OK ke?”. Sekiranya tiada respons, iaitu samada ianya sudah tidak bernafas atau bernafas secara abnormal, terus dapatkan bantuan seseorang menghubungi Talian Kecemasan 9-9-9. Kemudian, anda mulakan CPR kepada mangsa, tanpa lengah. Jadikanlah diri anda sebagai ‘penyelamat’.

Saya tak tahu CPR, macamana nak buat?

 
Jangan bimbang. CPR untuk orang awam seperti anda tersangatlah mudah. Anda pasti boleh lakukannya walaupun tak pernah buat dan belajar sebelum ini. Apa yang ada perlu lakukan HANYALAH……. PRESS HARD AND FAST iaitu TEKAN KUAT DAN CEPAT di atas bahagian tengah dada mangsa. Lakukan sahaja walaupun anda tak tahu tujuannya.

 Menekan dada dalam istilah perubatan dipanggil ‘chest compression’. Untuk melakukannya, pastikan mangsa dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan rata. Berlututlah di sisi rusuk mangsa, dan tetapkan keadaan kedua tangan anda di mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi di antara satu sama lain (lihat rajah dibawah). Pastikan lengan anda lurus dan letakkan serta tetapkan posisi dasar tapak tangan anda di tengah tengah dada mangsa. Lakukan tekanan dada mangsa dengan menggunakan kekuatan berat badan anda, dan bukannya kekuatan tangan anda. Tekanan Dada yang anda lakukan itu sebenarnya akan menolong mengepam jantung mangsa yang telah berhenti dan menggerakkan semula aliran darah. Tekanan yang berulang-ulang akan memastikan pergerakan darah berterusan.


 Setiap kali membuat tekanan dada mangsa, pastikan ianya tertekan ke dalam sekurang- kurangnya 2 inci dan di antara tekanan lepaskan semula daya yang dikenakan kepada dada supaya ianya kembali kepada kedudukan asal. Sasarkan sebanyak 100 kali tekanan dada dalam masa 1 minit.
Teruskan tekanan dada itu sehinggalah pertolongan sampai. Jangan bimbang tentang kemungkinan masalah pernafasan yang mungkin mangsa alami, dan tak perlu fikirkan yang lain melainkan ‘tekanan dada’ sahaja.

Adakah semua orang akan lakukan CPR dengan kaedah yang sama?


Tidak. Mereka yang terlatih dalam bidang perubatan biasanya melakukan CPR dengan kaedah yang agak berbeza daripada orang awam. Biasanya mereka akan memeriksa nadi tangan dahulu sebelum melakukan CPR. Kemudian ianya dituruti dengan 3 langkah yang mudah diingati iaitu semudah C-A-B.

“C”–  “Do Chest Compressions” – 30 tekanan dada dilakukan sebagaimana kaedah yang diterangkan di atas.

“A” –  “Check the Airway” – Saluran Udara akan diperiksa di mana kedudukan kepala dan rahang dipastikan sesuai untuk memudah perjalanan aliran udara. Kaedah “Dongakkan Kepala, dan Angkatkan Rahang” adalah kaedah yang biasa dilakukan bagi memudahkan saluran udara terbuka.

“B” – “Do rescue Breathing” – Di sini penyelamat akan memicit hidung mangsa hingga tertutup sepenuhnya, dan melakukan hembusan udara dari mulut ke mulut atau menggunakan alat yang khas. Kaedah ini membolehkan mangsa menerima lebih gas oksigen yang masuk ke paru-parunya. Penyelamat biasanya aka memberikan bantuan pernafasan ini sebanyak 2 kali sebelum mengulangi tataca ‘tekanan dada’ seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Kitaran ini akan berterusan iaitu 30 tekanan dada dan 2 kali hembusan nafas, sehinggalah bantuan ambulan sampai dan kakitangan yang telah dilengkapi dengan peralatan yang lebih sesuai mengambil alih tugas melaksanakan CPR tersebut.

Kesimpulan
 
Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2010), bagi mereka yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah ‘Tekanan Dada’ sahaja, dan tidak perlu bimbang memikirkan atau melakukan pertolongan pernafasan.
Kesimpulannya, masih ramai di kalangan anggota masyarakat kita ini agak asing dengan CPR, dan bagi mereka yang pernah belajar dan ada sedikit pengetahuan pun akan teragak-agak atau takut untuk melakukan CPR kerana memikirkan perlunya bantuan pernafasan dilakukan. Oleh itu, dengan sedikit perkongsian ilmu ini, LAKUKANLAH CPR dengan kaedah ‘HANDS-ONLY’ iaitu ‘TEKANAN DADA SAHAJA’ kerana ianya lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan bekalan darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti, dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.
Share:

Pertolongan Cemas


Pertolongan cemas adalah bantuan segera kepada orang yang cedera atau sakit di tempat kejadian sebelum bantuan professional tiba dengan matlamat:
  1. Menyelamatkan nyawa
  2. Menyekat keparahan
  3. Mengurangkan sakit/ mengurangkan kontaminasi/ merawat shock
  4. Membantu keselesaan mangsa.
Prinsip pertolongan cemas
  1. Utamakan keselamatan diri sendiri
  2. Pertolongan setakat termampu
  3. Tanpa memindahkan mangsa
  4. Jaga kehormatan mangsa.
 Petugas pertolongan cemas
  1. Terlatih
  2. Tenang
  3. Sentiasa senyum
  4. Lemah lembut dan penyabar
  5. Tajam penglihatan
  6. Cekap menilai dan membuat keputusan
  7. Boleh mengetuai semasa kecemasan.
 Sesak Nafas

Sesak nafas disebabkan oleh:

1. Gangguan bekalan udara ke peparu akibat dari tersumbat, terhidu gas atau asap, tercekik, sawan dan lain-lain.
2. Kerosakan sistem saraf pusat akibat dari renjatan elektrik, terminum racun dan lain-lain.
3. Kekurangan oksigen
4. Gangguan haemoglobin akibat dari terhidu  karbon monoksida, cyanide dan lain-lain.

Rawatan yang perlu dilakukan untuk sesak nafas:
  1. Periksa dan bersihkan mulut dan hidung supaya tak tersumbat
  2. Dongak kepalanya untuk membuka saluran pernafasan
  3. Periksa pernafasannya: jika bernafas betulkan kedudukan samada duduk atau baring mengiring. Jika tidak bernafas resusitasi pernafasan dengan cara mulut ke mulut atau tekanan luar dada. Jika disebabkan bahan kimia, jangan lakukan resusitasi mulut ke mulut.

Luka Dan Pendarahan

Jenis pendarahan dan luka:
  1. Lebam bruise)
  2. Scrape (tersagat)
  3. Terkoyak (avulsion)
  4. Terpotong (cut)
  5. Tertikam (puncture)

Lebam

Lebam disebabkan pendarahan di bawah kulit akibat pecah salur kapilari dan terdapat tanda biru hitam ke hitam-hitaman.

Rawatan lebam adalah
  1. Tinggikan bahagian yang cedera
  2. Tuam dengan air batu selama 15 ke 20min setiap 6 hingga 8 jam selama 24 hingga 48 jam.
  3. Balut dengan pembalut elastic (crepe bandage)
  4. Jangan urut
Bawa ke klinik sekiranya
  1. Lebam besar, sakit atau membesar
  2. Lebam tanpa kecederaan nyata
  3. Lebam beserta pendarahan hidung atau bahagian lain
  4. Lebam selepas demam.

Pendarahan Luar

Disebabkan oleh luka akibat benda tajam seperti terkena pisau atau kaca juga akibat dari gigitan haiwan atau manusia

Rawatan untuk pendarahan luar adalah
  1. Buangkan bendasing (hanya yang mudah)
  2. Tutup luka dengan gauge bersih
  3. Tekankan pada luka
  4. Tinggikan bahagian luka
Luka ringan
 
Bersihkan dengan air paip dan dressing

Luka besar

Teruskan tekanan dan bawa ke klinik.
Rawatan Luka

Luka kecil dan tak banyak berdarah boleh terus cuci dengan Cucur di bawah paip air yang mengalir. Bagi luka besar tekanan terus pada luka
  1. Hentikan pendarahan
  2. Lapik kain bersih atau gause
  3. Tekan dengan jari terus pada luka
  4. Teruskan tekanan hingga darah berhenti
  5. Jika kain basah dengan darah tambah kain lain.
Tinggikan bahagian luka melebihi aras jantung, berhati-hati jika bahagian cedera patah. Kurangkan pergerakan bahagian luka.
Luka kecil yang tak banyak berdarah boleh disapu antibiotik/ antiseptic, jangan gunakan antibiotik/antiseptic pada luka yang masih berdarah.

Dressing Balut dan Plaster
  1. Luka kecil tak berdarah sembuh dengan cepat jika didedahkan
  2. Luka basah elok ditutup dengan gauze dan ditampal plaster
  3. Luka berdarah perlu ditutup dengan gauze dan dibalut
  4. Ais boleh mengurangkan pendarahan
  5. Tukar dressing selepas 24 jam pertama dan selanjutnya bergantung kepada keadaan luka.
Tekanan arteri
  1. Jika darah tak berhenti dengan tekanan langsung
  2. Tekan kuat pada bahagian antara luka dan jantung
  3. Lepaskan sebaik sahaja darah berhenti.
Tourniquet
  1. Lakukan bila darah tak berhenti atau anggota terputus
  2. Gunakan kain lebar 3 hingga 5cm  atau stoking, lengan baju, tali pinggang dan tali leher
  3. Jangan gunakan tali, dawai, atau benang.
  4. Ikat dekat luka tetapi jangan sampai menyentuh luka.
  5. Ikat kayu pada simpulannya.
  6. Pusingkan kayu sehingga ikatan ketat
  7. Catitkan masa tourniquet.
Jahit
  1. Luka terkoyak perlu dijahit
  2. Segera bawa ke klinik

Luka Tertikam
  1. Tidak banyak berdarah
  2. Cepat tertutup
  3. Rawatan asas seperti luka lain
  4. Masalah mungkin serpihan atau benda asing tertinggal di dalam luka atau mudah infeksi iaitu bacteria dan tetanus.

Luka Gigitan
  1. Gigitan haiwan atau manusia lebih tinggi risiko infeksi
  2. Gigitan anjing boleh menjangkitkan ‘rabies’. (anjing terlibat perlu dikuarantin 10 hari)

Berdarah Hidung

Rawatan yang perlu dilakukan:
  1. Duduk dan tunduk ke hadapan
  2. Bernafas melalui mulut
  3. Picit hidung 5-10 minit
  4. Jangan buang darah beku
  5. Terus duduk tegak hingga berhenti darah
Bawa ke klinik jika:
  1. Darah tak berhenti lebih 20 hingga 30 minit
  2. Mangsa tiba-tiba lesu atau pitam
  3. Pendarahan yang banyak
  4. Darah terus keluar dari belakang hidung.

TERBAKAR

Terbakar dan Melecur
 Penyebab:
  1. Haba kering iaitu dari Bunsen, oven pemanas, kaca panas
  2. Elektrik
  3. Melecur kimia
  4. Bahan ‘cryogenic’ iaitu cecair gas dan ais karbon dioksida.
  5. Haba basah iaitu air mendidih, stim, dan cecair panas.
  6. Geseran

Terbakar Tahap Satu
  1. Terbakar tak teruk.
  2. Melibatkan epidermis
  3. Kelihatan merah dan bengkak
  4. Terasa sakit
  5. Rawatan sebagai terbakar minor
  6. Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan dan punggung.
Terbakar Tahap Dua
  1. Melibatkan dermis
  2. Terbentuk gelembung air atau melepuh
  3. Merah bengkak dan sakit
  4. Jika Cuma 3 hingga 5cm rawat sebagai terbakar minor
  5. Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan punggung.
Rawatan Terbakar

Terbakar Minor
  1. Terbakar tahap satu dan dua  kurang dari 5cm
  2. Sejukkan dengan air paip mengalir. JANGAN GUNA AIS
  3. Losyen antibiotic dan pelembap
  4. Dressing gunakan gause dan pembalut
  5. Sapu analgesik paracetamol, ponstan
  6. Jangan pecahkan kulit melepuh.
Terbakar Tahap Tiga
  1. Terbakar yang lebih serius
  2. Biasanya tak rasa sakit
  3. Melibatkan semua lapisan kulit
  4. Boleh melibatkan lapisan lemak, otot, dan tulang
  5. Kelihatan hangus atau kering dan putih.
Rawatan Terbakar

Terbakar Major
  1. Bebaskan mangsa dari punca kebakaran
  2. Jangan tanggalkan pakaian yang telah terbakar
  3. Pastikan mangsa stabil tidak terencat
  4. Pastikan mangsa bernafas dengan baik
  5. Tutup bahagian terbakar dengan dressing
  6. Segera aturkan untuk dibawa ke klinik.

Melecur Akibat Kimia

Rawatan:
  1. Bersihkan bahan kimia
  2. Cucurkan di bawah air mengalir selama 20 minit
  3. Jika kimia serbuk bersihkan dahulu dengan berus lembut
  4. Basuh dengan pencuci cecair yang lembut
  5. Tanggalkan pakaian dan perhiasan
  6. Tutup bahagian melecur dengan dressing dan pembalut
Perlu dibawa ke klinik jika
  1. Mangsa menunjukkan tanda renjatan
  2. Pitam, pucat, pernafasan yang perlahan
  3. Melecur serius
  4. Luas permukaan terlibat  lebih dari 5cm
  5. Melecur tahap kedua

Kecederaan Mata

Percikan Kimia
  1. Tanggalkan ‘contact lense’
  2. Cucur air paip atau ‘sterile bottle’
  3. Pasang eye pad
  4. Hantar ke klinik
Bendasing Masuk Mata
  1. Keluarkan jika mudah guna kapas atau hujung kain bersih
  2. Hantar ke klinik

Racun

Penyebab
  1. Termakan
  2. Tersedut melalui pernafasan
  3. Kontak melalui kulit
Rawatan
  1. Pastikan bahan
  2. Aturkan ke klinik
  3. Jika muntah, baringkan ia mengiring
  4. Jangan paksa ia muntah
  5. Beri minum perlahan lahan

Renjatan elektrik

Rawatan:
  1. Jangan sentuh mangsa hingga pasti tiada elektrik
  2. Aturkan ke klinik
  3. Periksa pernafasan
  4. Periksa pernafasan resusitasi pernafasan jika perlu
  5. Rawat kecederaan lain
Pitam

Penyebab kurang oksigen/ gula ke otak: pening, pucat, berpeluh, tumbang, tak sedar

Rawatan:
  1. Biar mangsa dalam keadaan baring
  2. Longgarkan pakaiannya
  3. Tinggikan kaki
  4. Beri minum air suam

Epilepsi Atau Sawan

Penyebab:
  1. Gangguan bekalan darah otak akibat stroke, ketumbuhan dan masalah salur darah.
  2. Rosak saraf otak akibat penyakit seperti meningitis, mumps, measles, diphtheria dan abscesses.
  3. Kecederaan pada tisu otak
  4. Ubat dan bahan toksik
  5. Demam tinggi atau kecederaan semasa lahir
  6. ‘Withdrawal’ atau salahguna dadah.
Kemungkinan pencetus:
  1. Perubahan serta merta dari keadaan terang ke gelap atau sebaliknya.
  2. Aktiviti hormone terutama wanita
  3. Berhenti mengambil ubat anti sawan
  4. Silauan cahaya
  5. Kebisingan
  6. Muzik tertentu
  7. Stress
  8. Demam
  9. Hipoglisemia (rendah gula darah)
  10. Kurang tidur
Pertolongan Cemas
  1. Bertenang
  2. Catit masa
  3. Jangan dikerumuni
  4. Alas kepala dengan benda lembut
  5. Alih jika sekitaran boleh mencederakan seperti diatas jalan atau atas tangga.
  6. Alih benda yang boleh mencederakan
  7. Jangan ikat pesakit. Biarkan dia sawan
  8. Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut pesakit
  9. Jangan bimbang pesakit akan tergigit atau tertelan lidahnya.

Selepas sawan berhenti
  1. Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring
  2. Bersihkan lendir dan air liur dari mulutnya
  3. Periksa mulutnya supaya tiada benda yang tersekat seperti gigi palsu atau makanan.
  4. Periksa jika ada luka atau kecederaan
  5. Elakkan mangsa dari merasa malu lindungi dia
  6. Dia mungkin terkencing semasa sawan bersihkan
  7. Jangan ditinggalkan sehingga betul betul pulih
  8. Jangan beri minum sehingga dia betul-betul sedar.

Tak Sedarkan Diri

Peringkat Kesedaran
  1. Penuh sedar
  2. Mengantuk
  3. Stupor
  4. Koma
Sebab-sebab
  1. Gangguan edaran darah ke otak yang lama
  2. Stroke
  3. Serangan jantung
  4. Renjatan
  5. Pendarahan
  6. Kecederaan kepala/ otak.
  7. Pengambilan dadah
  8. Narkotik
  9. Pil tidur berlebihan
  10. Mabuk arak
  11. Kurang bekalan oksigen ke otak
  12. Asfiksia
  13. Keracunan gas
  14. Gangguan fungsi otak
  15. Sawan
  16. Kencing manis
  17. Sakit buah pinggang
  18. Penyakit hati

KERACUNAN

Cara kemasukan racun
  1. Oral
  2. Hidu
  3. Serapan kulit/sentuhan
  4. Suntikan-salahguna dadah

Contoh keracunan
  1. Racun makhluk perosak atau racun pertanian
  2. Gas beracun, sulfur oksida, karbon monoksida
  3. Bahan korosif, asid atau alkali
  4. Ubat-ubatan
  5. Petroleum, minyak tanah, petrol
  6. Bahan asli. cendawan, ubi kayu. gadung

Tanda-tanda Keracunan
  1. Kesan racun
  2. Bau racun, warna, bekas
  3. Simpton gastro usus
  4. Sakit perut, loya, muntah, cirit birit
  5. Simpton saraf
  6. Berpeluh, sakit kepala, pening, mengantuk, sawan, koma
  7. Simpton pernafasan
  8. Sesak nafas

Cara-cara mencegah
  1. Simpan di tempat selamat
  2. Label semua botol atau bekas racun
  3. Jangan simpan dalam bekas air minuman
  4. Kenalpasti tumbuhan atau buah-buahan beracun
  5. Pakai topeng muka, but, pakaian sesuai semasa sembur racun.

Dislokasi dan Patah Tulang

Dislokasi adalah keadaan dimana permukaan sendi terkeluar dari kedudukan biasanya.
Patah adalah kecederaan yang mengakibatkan tulang patah, retak atau pecah.
Jenis patah terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Patah terbuka, bahagian patah terdedah tekeluar
  2. Patah tertutup, tiada hubungan bahagian yang patah dengan bahagian luar

PATAH

Tahap Keparahan Patah
  1. Greenstick patah tak lengkap. Berlaku di kalangan kanak-kanak
  2. Simple patah lengkap dan mudah
  3. Comminuted patah pecah kepada beberapa bahagian
  4. Pathological patah tanpa kecederaan berat. Tulang yang berpenyakit.

Tanda-tanda patah:
  1. Bengkak
  2. Berdarah
  3. Cacat
  4. Sakit
  5. Merah
  6. Lebam

Rawatan
  1. Tanggalkan pakaian bahagian cedera
  2. Demah sejuk (air batu)
  3. Kurangkan pergerakan
  4. Pasangkan splin
  5. Tetapkan kedudukan anggota
  6. Lapik dengan benda lembut
  7. Buatkan splin dari benda keras
  8. Splin sendi di atas dan bawah bahagian patah
  9. Kukuhkan kedudukan dengan plaster/ bandage
  10. Beri minum air. Jangan benarkan makan.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.