Khamis, 1 Disember 2016

Langkah-langkah Pencegahan Kemalangan


Kemalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan yang mengakibatkan kecederaan ataupun kerosakan harta benda. Antara faktor berlakunya kemalangan adalah ;-
  1. Kecuaian manusia
  2. Peralatan yang tidak diselenggara
  3. Persekitaran kerja yang tidak selamat
Cara untuk mengelak kemalangan di tempat kerja antaranya :-

1.  Melaporkan keadaan tidak selamat atau keadaan persekitaran yang terdedah kepada risiko bahaya.
2.  Memastikan peralatan dan mesin berada dalam keadaan baik.
3. Pekerja mestilah menggunakan alat perlindungan diri
4. Pekerja sentiasa menjalani latihan keselamatan yang dianjurkan oleh pihak majikan.
5. Pekerja juga mestilah sentiasa berhati-hati apabila terdapat perubahan persekitaran yang mendatangkan bahaya.

Menurut teori domino kemalangan disebabkan oleh keadaan persekitaran yang tidak selamat dan mengundang kecuaian manusia melalui tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal manusia. Ini akan menyebabkan kemalangan akan berlaku dan mengundang risiko kecederaan. Jika salah satu teori tersebut disingkirkan maka sudah tentunya potensi untuk berlaku kemalangan tidak terjadi. Elemen tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal ataupun mekanikal adalah teori yang paling mudah untuk disingkirkan.

Menutut teori Hienrich kecederaan adalah disebabkan oleh  kemalangan. Kemalangan berpunca daripada perlakuan yang tidak selamat ataupun keadaan persekitaran yang tidak selamat. Kelakuan  dan keadaan persekitaran yang tidak selamat ini adalah disebabkan oleh kecuaian manusia ataupun mesin yang tidak direka dengan sempurna ataupun tidak diselenggara. Kecuaian manusia pula tercipta daripada persekitaran sosial ataupun diperolehi daripada sikap mengulagi kesilapan yang sama.

Punca-punca kepada kemalangan Terbahagi kepada 3 sumber utama:

1.Faktor Kemanusiaan
2.Faktor Pentadbiran
3.Faktor Fizikal

Faktor Kemanusiaan

Kecuaian

1. Kurang memberi tumpuan kepada kerja
2. Mengalamun/berkhayal semasa bekerja

Kurang pengetahuan

1. Mengenai kerja yang di lakukan
2. Mengenai langkah-langkah keselamatan
3. Mengenai latihan untuk melakukan tugas
4. Sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan betul.

Tidak berdisiplin

1. Bergurau semasa bekerja
2. Gagal mematuhi peraturan dan sentiasa mengambil jalan pintas

Faktor Pentadbiran

1. Penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak di laksanakan secara bersungguh-sungguh
2. Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas
3. Kawalan keselamatan yang longgar
4. Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas
5. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan
6. Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan bagi pekerja

Faktor Fizikal

Persekitaran

1. kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan, licin, berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi
2. Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran
3. Sistem pengudaraan yang tidak kondusif
4. Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran

Peralatan dan Mesin

1. Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi
2. Keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik
3. Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah
4. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur
 5. Pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

Sistem Pendawaian

1. Pendawaian yang lebih daripada 40 tahun
2. Kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik
3. Beban lebih had (overload) akibat dari pendawaian tambahan tanpa kebenaran
4. Pendawaian yang tidak mengikut Peraturan

Langkah Pencegahan
1. Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.
2. Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.
3. Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.
4. Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.
5. Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.
6. Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
7. Pastikan peralatan yang rosak dibaiki segera.
8. Pastikan yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.
9. Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.Ketatkan skru penghadang keselamatan jika longgar.
10. Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.
11. Mesin perlu disusun dengan teratur
12. Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan tidak dihalang
13. Sistem pengalih udaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.