Sabtu, 3 Disember 2016

Pencegahan Kebakaran


Apa itu kebakaran?

Definisi kebakaran ialah satu tindak balas kimia yang bila bahan boleh terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau mencucuh.
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga  kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:

  1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.
  2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
  3. Kebocoran atau mampatan gas.
  4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:

  1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
  2. Lebihan beban aliran kuasa
  3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
  4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
  5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

 Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;

a)Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,letupan gunung berapi.
b)Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.
c)Faktor Sengaja Dibakar
Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.


Kelas Kebakaran

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan           mengenai jenis kebakaran  adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual dibawah

Jadual- Kelas Kebakaran

Kelas KebakaranBahan ApiAlat Pemadam Api Permulaan
AENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kainABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
BJENIS CECAIR - minyak, gasolin,alkoholABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
CJENIS GAS acetylene, ammonia, butaneABC
 Air Semburan
Halon (BCF)
DJENIS LOGAM aluminium, kalsium, magnesiumABC

Cara Kemerebakan Kebakaran

 Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu  dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a.Olakan haba.
  • Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti secair atau gas.
  • Cecair atau gas yang panas  akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.
  • Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.
 b.Pengaliran.
  • Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,batu, simen dinding bangunan dan lantai.
  • Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.
 c.Bahangan.
  • Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahayadaripada kebakaran tersebut.Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
  • Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.
 d.Terus menerus.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.  

Cara memadam kebakaran

 Nyalaan terjadi dari gabungan tiga  unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk  memadamnya anda perlu untuk  memisahkan gabungan tersebut.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

   1. Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
a)Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
b)Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
c)Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

   2. Melemaskan.
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

   3. Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkanperpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

   4. Memutuskan Rantai Tindakbalas.
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

Alat Pemadam Api
Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi.  Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.

Kategori Alat Pemadam Api
Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.  Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:-
i.Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2

ii.Jenis yang mengeluarkan buih
  • Memadam kebakaran minyak
  • Kebakaran bahan alkohol (Pola)
  • Tabungnya berwarna krim

iii.Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)
  • Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat.
  • Terbukti selamat.
  • Untuk Kelas A,B, C.
  • Tabungnya berwarna biru.

iv.Jenis yang mengeluarkan gas
  • Mengandungi gas karbon dioksida
  • Agen pemadam yang bersih.
  • Tidak merosakkan komponen elektrik
  • Tabungnya berwarna hitam.

Jenis alat pemadam api


JENIS WARNA JARAK
PANCUTAN
MASA KESELURUHAN PANCUTAN CATATAN
Air Merah 4 Meter 120 Saat Tidak sesuai jenis B , E
Buih Kuning Langsat 6 Meter 30 Hingga 90 Saat Boleh beku. Tidak sesuai jenis E
Gas Hitam 3 Meter 120 Saat Tiada kesan
Debu Kering Biru Muda 3 Hingga 6 Meter 120 Saat Kesan Kotor

Cara Mengguna Alat Pemadam Api

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan

P- Pull- Tarik pin di atas alat pemadam api
A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api(bahan)
S- Squeeze- Pusing atau tekan pemegang
S- Sweep- halakan pancutan  ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
  1. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).
  2. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
  3. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
  4. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
  5. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
  6. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
  7. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
  8. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

Peralatan Pencegahan Kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:

a. Perlindungan aktif.
  • Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.
b. Perlindungan pasif.
  • Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

a.   Jenis Perlindungan Aktif

i.  Alat pecah kaca.
Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini  dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.

ii.  Alat pengesan haba.
 Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran

iii. Alat pengesan asap.
 Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia jugaberperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

iv. Sistem pemasangan sprinkler.
Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus  kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan           dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.

v. Sistem pemasangan pancur ( riser).
Terdapat dua  jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

vi. Sistem pili bomba (hyderant)
Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.

vii. Sistem salur Bantu mula (hosereel)
viii. Sistem gas CO2.
xi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)


b.   Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v.Lif Bomba

Pelan tindakan keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan.  Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Objektif PTK:

i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.
ii.Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan  dengan selamat dan betul.
iv.Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

1.Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan. 

2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.

3.Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.

4.Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.